
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli www.rahsiaputu.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk rujukan mengajar.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.rahsiaputu.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik dan siha . InsyaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: MEMBUAT PUTU HOMEMADE
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: MEMBUAT PUTU KOMERSIAL
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: MEMBUAT ANEKA INTI PUTU
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: MEMBUAT PUTU NEW EDITION
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: PENGIRAAN KOS & TIPS BISNES PUTU
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 6: BONUS PUTU MAYAN DAN LAIN-LAIN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: MEMBUAT PUTU HOMEMADE
1a. Pengenalan Dan Proses Membuat Putu
Putu Piring dan Putu Bambu merupakan makanan kegemaran ramai. Ia memang popular pada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Ini menunjukkan permintaan pada produk putu sangat tinggi dan menguntungkan.

Proses membuat putu tidaklah sukar. Secara ringkas kesemua bahan-bahan di timbang dan digaul terlebih dahulu. Kemudian digesek dan dikukus selama 30 minit. Selepas dikukus, ia dibiarkan sejuk selama sekurangnya 5 jam. Seterusnya ia dicampurkan dengan bahan cecair dan digesek sekali lagi. Langkah terakhir, serbuk putu perlu dimasukkan dalam acuan dan dikukus sehingga ia masak. Anda boleh lihat prosesnya >>>

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b. Peralatan Yang Diperlukan

1. Penimbang Biasa Atau Penimbang Digital
Kita perlu menggunakan penimbang biasa atau penimbang digital untuk menimbang bahan dengan betul. Saya lebih suka menggunakan penimbang digital kerana timbangnya lebih tepat dan mudah. Harga penimbang digital bawah RM90. Elok beli penimbang digital yang 2kg. Semua bahan perlu ditimbang dalam gm termasuk air.

2. BEKAS PLASTIK DAN BLENDER Kita perlukan bekas plastik untuk mengaul bahan-bahan. Dan blender untuk mengisar bahan-bahan menjadi sebati sebelum dicampurkan dengan tepung atau serbuk putu..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1b. Peralatan Yang Diperlukan

3. Penapis dan Acuan Penapis digunakan untuk mengesek tepung atau serbuk putu untuk menjadikan ia lebih halus. Gunakan penapis seperti diatas dan bukannya pengayak tepung. Saiz lubang penapis itu sangat sesuai menghasilkan putu yang halus. Anda boleh guna apa sahaja acuan untuk mengukus putu homemade.

4. Pengukus Biasa atau Khas Pengukus biasa untuk mengukus serbuk putu untuk ia masak kali pertama dan mengukus putu homemade. Manakala di sebelahnya ialah pengukus khas putu bambu dan putu piring. Sila rujuk bab peralatan putu piring dan putu bambu untuk penerangan yang lebih detail dan cara mendapatkannya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Resepi Putu Homemade
1c. Resepi Putu Homemade
Bahan A
500gm Tepung Beras
100gm Tepung Ubi
50gm Tepung Jagung
Bahan B
250gm Air Paip
25gm Susu Tepung
25gm Gula Pasir
5gm Garam
5gm Daun Pandan
3gm Pewarna Hijau
Bahan Tambahan
5gm Tepung ubi
Bahan C
375gm Air Paip
Bahan Hidangan
Gula Melaka Diparut / Kelapa Parut Digaul Dgn Garam
Info Penting
1. Jika anda tidak suka tepung susu, boleh gantikan dengan 50gm susu cair cap saji. Jika anda guna susu cair cap saji, sukatan air bahan b ditukar kepada 230gm. Yang lain sama.
2. Sukatan bahan C ialah 375gm air paip. Lagi elok anda masukkan 300gm dulu air paip dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit air, sehingga serbuk putu sedikit lembab. Ini kerana serbuk putu yang dibiarkan 5 jam mungkin lebih kering atau kurang kering bergantung pada cuaca rumah anda.
3. Lepas putu siap, jika tak makan, kena simpan dalam bekas tertutup atau dalam plastik. Ini kerana sifat semula jadi beras yang cepat kering dan keras apabila terdedah. Sebab tu peniaga putu terus masuk dalam bungkusan mereka.
4. Untuk putu homemade, tiada masalah guna tepung beras brand cap teratai seperti dalam video. Hanya putu piring dan bambu yg guna periuk khas sahaja perlu guna tepung beras cap tiga gajah eruwan brand.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Video Cara Membuat Putu Homemade
Video 1d: Cara Membuat Putu Homemade
Ringkasan Video Di Atas.
1. Resepi ada di modul 1c. Atas nie jee. Timbang bahan B dan kisar dengan blender. Kemudian tapis dan campur dengan dengan bahan A. Ramas sehingga semua bercampur
2. Siap gaul, gesek dengan penapis sehingga menjadi serbuk halus. Gesek terus ke dalam alat pengukus. Lubangkan bahagian tengah serbuk putu supaya wap boleh naik atas. Utk mudah lubangkan dari bawah guna kayu lidi. Selepas siap, kukus selama 30 minit. Jika buat dalam kuantiti banyak, kukus 45minit.
3. Lepas siap kukus, panas-panas terus tuang ke atas bekas dan tekan dengan senduk nasi untuk ia hancur menjadi serbuk. Tambah 5gm tepung ubi dan gaul. Biarkan 5 jam di atas meja.
4. Selepas 5 jam di atas meja, Tambahkan bahan C 375gm air paip. Lagi elok anda masukkan 300gm dulu air paip dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit air sehing serbuk putu sedikit lembab. Ini kerana serbuk putu yang dibiarkan 5 jam mungkin lebih kering bergantung pada cuaca rumah anda.
5. Seterusnya gesek lagi dengan penapis plastik untuk menjadi serbuk putu lebih halus. Serbuk putu di masukkan ke dalam acuan kecil dengan gula melaka yang diparut. Cara parut gula melaka ada di modul 1e. Dan di kukus selama 20 minit.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.
Psst: Dalam video sebenarnya ada diletakkan serbuk halba. Tapi serbuk halba nie orang tua2 jee suka. So tak perlu letak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Video Buat Gula Melaka & Kelapa Parut
Video 1e: Cara Buat Gula Melaka & Kelapa Parut
Bahan Resepi
Gula Melaka
Kelapa Parut
Garam
Ringkasan Video Di Atas.
1. Untuk penyediaan gula melaka parut, kita perlu parut gula melaka terlebih dahulu.
2. Seterusnya jemur gula melaka parut dibawah matahari dalam satu hingga dua jam sehingga ia kering.
3. Seterusnya dihancurkan dan boleh digunakan. Elok guna sarang tangan.
Nota: Selain dari cara menjemur, anda juga boleh letakkan gula melaka parut di atas meja semalaman. Ia akan kering dengan sendirinya.
4. Untuk penyedian kelapa parut pula, kita perlu beli kelapa parut yang putih sahaja.
5. Kelapa parut digaul dengan garam sehingga dapat rasa lemak manis.Elok gunakan sarung tangan supaya lebih tahan lama.
Nota: Untuk lebih sedap boleh tambah satu sudu kecil serbuk vanilla yang boleh dibeli di kedai bahan bakeri.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: MEMBUAT PUTU KOMERSIAL
2a. Resepi Putu Piring Komersial
Bahan A
500gm Tepung Beras
100gm Tepung Ubi
50gm Tepung Jagung
Bahan B
250gm Air Paip
25gm Susu Tepung
25gm Gula Pasir
5gm Garam
5gm Daun Pandan
3gm Serbuk Kunyit
Bahan Tambahan
5gm Tepung Ubi ( Dimasukkan selepas serbuk putu dikukus
Bahan C
375gm Air Paip
Bahan Hidangan
Gula Melaka Parut & Kelapa Parut Spt Di Bab1e
Info Penting
1. Jika anda tidak suka tepung susu, boleh gantikan dengan 50gm susu cair cap saji. Jika anda guna susu cair cap saji, sukatan air bahan b ditukar kepada 230gm. Yang lain sama.
2. Sukatan bahan C ialah 375gm air paip. Lagi elok anda masukkan 300gm dulu air paip dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit air, sehingga serbuk putu sedikit lembab. Ini kerana serbuk putu yang dibiarkan 5 jam mungkin lebih kering atau kurang kering bergantung pada cuaca rumah anda.
3. Jika guna pengukus khas wajib masak putu piring guna kepala gas high pressure dan dapur seperti dalam video yang banyak lubang api.. Jangan guna dapur biasa di rumah sebab wap tak kan sampai atas putu piring dan putu piring akan pecah.
4. Dalam video guna tepung beras cap teratai. Tapi untuk putu piring tidak mudah patah dan senang masak, elok guna tepung beras cap eruwan brand gambar tiga gajah. Jika guna tepung beras eruwan brand, sukatan air bahan c dalam 330gm.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Membuat Putu Piring Komersial
Video 2b: Cara Membuat Putu Piring Komersial
Ringkasan Video Di Atas.
1. Resepi ada di modul 2a. Atas nie jee. Timbang bahan B dan kisar dengan blender. Tapis dan campur dengan dengan bahan A. Ramas sehingga semua bercampur
2. Siap gaul, gesek dengan penapis sehingga menjadi serbuk halus. Gesek terus ke dalam alat pengukus. Lubangkan bahagian tengah serbuk putu supaya wap boleh naik atas. Utk mudah, lubangkan dari bawah guna kayu lidi. Selepas siap, kukus selama 30 minit. Jika buat dalam kuantiti banyak, kukus 45minit.
3. Lepas siap kukus, panas-panas terus tuang ke atas bekas dan tekan dengan senduk nasi untuk ia hancur menjadi serbuk. Tambah 5gm tepung ubi dan gaul. Biarkan 5 jam di atas meja.
4. Selepas 5 jam di atas meja, Tambahkan bahan C 375gm air paip. Lagi elok anda masukkan 300gm dulu air paip dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit air sehing serbuk putu sedikit lembab. Ini kerana serbuk putu yang dibiarkan 5 jam mungkin lebih kering bergantung pada cuaca rumah anda.
5. Seterusnya gesek lagi dengan penapis untuk menjadi serbuk putu lebih halus. Untuk gesek kali kedua ini elok guna penapis besi sebab lebih kasar. Serbuk putu yang lebih kasar memudahkan wap masuk ke dalamnya dan masak.
6. Serbuk putu dan gula melaka parut di masukkan ke dalam acuan putu seperti dalam video dan dikukus selama 3-5 minit.
Nota: Pastikan anda guna dapur macam dalam video yang banyak lubang api dan kepala gas high presure. Jika tidak wap tidak akan naik ke atas dan putu piring akan pecah. Siap.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.
Psst: Dalam video sebenarnya ada diletakkan serbuk halba. Tapi serbuk halba nie orang tua2 jee suka. So tak perlu letak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Resepi Putu Bambu Komersial
Bahan A
500gm Tepung Beras
100gm Tepung Ubi
50gm Tepung Jagung
Bahan B
250gm Air Paip
25gm Susu Tepung
25gm Gula Pasir
5gm Garam
3gm Perisa Vanilla/Essence Vanilla
Bahan Tambahan
5gm Tepung Ubi ( Dimasukkan selepas serbuk putu dikukus
Bahan C
375gm Air Paip
Bahan Hidangan
Gula Melaka Parut & Kelapa Parut Spt Di Bab1e
Info Penting
1. Jika anda tidak suka tepung susu, boleh gantikan dengan 50gm susu cair cap saji. Jika anda guna susu cair cap saji, sukatan air bahan b ditukar kepada 230gm. Yang lain sama.
2. Sukatan bahan C ialah 375gm air paip. Lagi elok anda masukkan 300gm dulu air paip dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit air, sehingga serbuk putu sedikit lembab. Ini kerana serbuk putu yang dibiarkan 5 jam mungkin lebih kering atau kurang kering bergantung pada cuaca rumah anda.
3. Jika guna pengukus khas wajib masak putu bambu guna kepala gas high pressure dan dapur seperti dalam video yang banyak lubang api. Jangan guna dapur biasa di rumah sebab wap tak kan sampai atas putu piring dan putu piring akan pecah.
4. Dalam video guna tepung beras cap teratai. Tapi untuk putu bambu tidak mudah patah dan senang masak, elok guna tepung beras cap eruwan brand gambar tiga gajah. Jika guna tepung beras eruwan brand, sukatan air bahan c dalam 330gm.
5. Kalau nak putu bambu warna hijau, guna resepi putu homemade dalam modul 1c.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Video Membuat Putu Bambu Komersial
Video 2d: Cara Buat Putu Bambu
Ringkasan Video Di Atas.
1. Resepi ada di modul 2c. Atas nie jee. Timbang bahan B dan kisar dengan blender. Terus campur dengan dengan bahan A. Ramas sehingga semua bercampur
2. Siap gaul, gesek dengan penapis sehingga menjadi serbuk halus. Gesek terus ke dalam alat pengukus. Lubangkan bahagian tengah serbuk putu supaya wap boleh naik atas. Utk mudah, lubangkan dari bawah guna kayu lidi. Selepas siap, kukus selama 30 minit. Jika buat dalam kuantiti banyak, kukus 45minit.
3. Lepas siap kukus, panas-panas terus tuang ke atas bekas dan tekan dengan senduk nasi untuk ia hancur menjadi serbuk. Tambah 5gm tepung ubi dan gaul. Biarkan 5 jam di atas meja.
4. Selepas 5 jam di atas meja, Tambahkan bahan C 375gm air paip. Lagi elok anda masukkan 300gm dulu air paip dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit air sehing serbuk putu sedikit lembab. Ini kerana serbuk putu yang dibiarkan 5 jam mungkin lebih kering bergantung pada cuaca rumah anda.
5. Seterusnya gesek lagi dengan penapis untuk menjadi serbuk putu lebih halus. Untuk gesek kali kedua ini elok guna penapis besi sebab lebih kasar. Serbuk putu yang lebih kasar memudahkan wap masuk ke dalamnya dan masak.
6. Serbuk putu dan gula melaka parut di masukkan ke dalam buluh seperti dalam video dan dikukus selama 3-5 minit.
Nota: Pastikan anda guna dapur macam dalam video yang banyak lubang api dan kepala gas high presure. Jika tidak wap tidak akan naik ke atas dan putu piring akan pecah. Siap.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.
Psst: Dalam video sebenarnya ada diletakkan serbuk halba. Tapi serbuk halba nie orang tua2 jee suka. So tak perlu letak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Tips Putu Lebih Sedap, Lembut & Lain2
TIPS PUTU SEDAP DAN WANGI
1. Susu tepung menjadikan putu anda lebih sedap. Jika tak suka susu tepung boleh gantikan dengan susu cair. Susu cair mengandungi pengawet yang menjadikan serbuk putu tahan lama. Sukatan susu cair ada di bawah resepi.
2. Extract daun pandan menjadi rasa putu anda lebih sedap dan wangi. Sebab itu dalam resepi putu piring, kita blend bersama daun pandan. Jika anda ingin menjual putu bambu, elok sangat buat putu bambu pandan hijau guna resepi putu homemade.
3. Jika nak putu anda berbau wangi atau hilangkan hapak tepung, boleh tambah dua atau tiga titik, essence bunga ros pada air bahan c. Tapi kalau terlebih boleh menjadikan putu anda pahit. Nak wangi lagi, letak daun pandan pada air kukusan kali pertama dan kedua.
4.. Ada juga peniaga gaul serbuk vanilla pada kelapa parut untuk rasa dan bau putu lebih sedap.
TIPS PUTU LEMBUT
1. Jika anda mahu putu anda tahan lebih lama dan lebih lembut, boleh tambah air gas 7up atau Air Gas Aiskrim Soda dalam bahan B. Sebelum nie kita masukkan 250gm air paip dalam bahan B. So sekerang kita masukan 200gm air paip dengan 50gm air gas 7up. Nak lagi lembut, boleh tambah lagi sukatan air gasnya kepada 100gm.
2. Jika anda tidak mahu guna air gas, anda boleh gunakan serbuk ENO yang biasa digunakan untuk melegakan perut. Masukkan 5gm eno untuk 500gm tepung beras di dalam bahan A. Ini menjadikan putu anda lebih lembut, sedap dan tahan lama.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2e. Tips Putu Lebih Sedap, Lembut & Lain2
1. Serbuk putu kena benar-benar masak semasa kukus kali pertama. Untuk pastikkan serbuk putu benar-benar masak, cuba tepuk serbuk putu dengan tapak tangan. Jika tiada serbuk putu yang melekat pada tangan, maknanya ia telah cukup masak. Atau rasa dengan lidah.
2. Putu piring atau bambu yang siap masak untuk dijual perlu terus dimasukkan ke dalam plastik. Ini kerana sifat semula jadi beras yang mudah kering jika dibiarkan tanpa di tutup. Macam putu bambu, ia disalut dengan kelapa dan tidak terdedah. Manakala putu piring ia tertedah dah cepat kering. Elok terus bungkus.
3. Serbuk putu yang tidak habis dijual boleh digunakan keesokkan harinya. Caranya, masuk serbuk putu ke dalam bekas dan masuk dalam chiller. Jangan tutup bekasnya. Esoknya keluarkan. Jika serbuk putunya masih lembab, ia boleh terus digunakan. Jika ia terlalu kering, tambahkan sedikit air, ramas dan gesek semula.
4. Jika ada masalah air minitis ke atas putu homemade. Elok letakkan penutup periuk yang leper di atas putu homemade dan kemudian barulah tutup dengan penutup pengukusnya. Cara lain, ikat kain pada penutup periuk kukus.
5. Sekiranya anda terbuat serbuk putu yang berketul-ketul dan tidak boleh digesek, jangan dibuang. Simpan dalam peti sejuk chiller dan biar terbuka. Esok ia akan kering dan boleh digesek.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Tips Atasi Putu Bambu Elak Mudah Patah
1. Sebab utama ialah wapa tidak sampai atas putu anda. Jika anda guna dapur biasa, wap akan dapat masak pada bahagian bawah putu sahaja. Ini menjadikan bahagian atas tidak masak dan pecah. Wajib guna kepala gas high pressure seperti dalam video dan guna dapur yang banyak lubang api seperti di dalam video.
2. Jika guna periuk khas, elok guna tepung beras cap eruwan brand gambar tiga gajah untuk putu tidak mudah patah dan mudah masak. air utk bahan C Untuk sukatan air elok masuk dulu 300gm dan tambah sikit demi sikit air hingga serbuk putu sedikit lembeb. Sebab jika cuaca terlalu panas, serbuk putu akan lebih kering.
2. Serbuk putu jangan dimasukkan secara padat. Nanti wap susah naik ke atas buluh atau putu piring. Ini akan menyebabkan bahagian bawah masak dulu dan bahagian atas tak masak. Seterusnya mudah patah atau pecah
4. Kain kukus utk putu piring tak boleh tebal. Nanti wap susah naik atas. Boleh cari kain kukus yang nipis di shopee. Alat pengukus pun boleh beli di shopee. Memang ada jual
5. Untuk gesek kali kedua, elok gesek dengan penapis besi kerana lubangnya lebih besar dan menghasilkan serbuk putu lebih kasar. Serbuk putu yang lebih kasar menghasilkan lubang lebih besar di dalam putu. Serterusnya memudahkan wap panas masuk ke dalam putu dan masak.
4. Pastikan bahagian bawah buluh, rata. Jika tidak, wap akan keluar di tepi bawah buluh dan menyebabkan putu bambu susah masak. Anda perlu pastikan tiada wap keluar di tepi-tepi alat pengukus. Dan pastikan semua lubang alat pengukus ditutup dengan buluh dan tiada kebocoran pada alat kukus.
5. Pastikan lubang wap keluar pada alat pengukus bersaiz duit 10sen atau 2cm. Saiz yang kecil ini menjadikan tekanan wap keluar lebih kuat ke atas atau ke dalam buluh. Saiz lubang pada buluh pula, mesti lebih 3 cm (tidak termasuk kulit buluh).
6. Di video putu bambu kita tambahkan 5gm tepung ubi, ke dalam serbuk putu yang baru siap dikukus dan masih panas. Jika putu bambu anda masih patah, boleh tambah sukatan tepung ubi sehingga 10gm. Tapi sebenarnya 5gm sudah mencukupi.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2f. Tips Atasi Putu Bambu Mudah Patah
7. Terlebih air pada Bahan C juga boleh menyebabkan serbuk putu terlalu lembab dan menghalang wap dari naik atas.. Sebenarnya untuk bahan C, peniaga putu tiada menyukat air. Mereka akan tambah sedikit demi sedikit air sehingga serbuk putu sedikit lembab tetapi masih dalam keadaan serbuk.
8. JIka alat pengukus anda besar, dapur memasak kena lebih besar. Jika anda guna dapur yang kecil, wap tidak kuat dan sukar masuk ke dalam putu. Ini sangat penting. Elok beli dapur warna hijau yang banyak lubang api. Lagi banyak lubang api, lagi bagus.
9. Elok guna buluh jenis buluh telur. Contoh gambar buluh telur dan cara beli buluh dan cara kukus buluh guna kukus biasa ada di web: www.rahsiaputu.com/alat/buluh/
10. Jika patah, cuba kukus dgn pengukus biasa dengan acuan plastik seperti putu homemade. Kalau jadi cantik, bermakna serbuk putu tiada masalah. So masalahnya wap tak naik atas sahaja. Boleh sahaja berniaga mengunakan periuk biasa seperti putu homemade. Lagi jimat.
11. Semasa proses membuat serbuk putu elok guna sarung tangan atau tidak sentuh dengan kulit tangan. Ini untuk menjadikan serbuk putu lebih tahan lama. Boleh juga letak 1gm pengawet roti (Calcium Propionate) untuk satu resepi.
Tips jual putu pada waktu pagi
Kalau nak jual pada waktu pagi, boleh buat serbuku putu pada waktu malam. Buat dalam pukul 10.00 malam. Lepas siap kukus kali pertama, biarkan ia sejuk selama 1 jam. Kemudian masuk dalam peti sejuk bahagian chiller(tempat simpan buah). Letak dalam bekas yang terbuka. Jgn tutup nanti berwap dan basi. Esok pagi, masukkan air bahan c. Masuk 300gm air dulu, dan kemudian tambah sedikit demi sedikit air sehinga ia sedikit lembab. (Elok gantikan susu tepung dengan susu cair untuk serbuk putu tahan lebih lama)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2g. Video Buat Putu Pada Kuantiti Banyak
Video 2g: Cara Buat Putu Pada Kuantiti Banyak
Ringkasan Video Di Atas.
1. Sebelum buat putu pada kuantiti banyak pastikan anda telah berjaya membuat putu pada kuantiti kecil dulu.. Jangan tergesa-gesa, nanti sendiri rugi.
2. Cara buat sama sahaja seperti buat kuantiti kecil. Cuma teknik yang penting ialah cara melubangkan serbuk putu di dalam alat pengukus berlubang.
3. Kita menggunakan marker pen yang dicucuk dari bawah ke atas pada periuk pengukus. Dan lubang sebanyak yang boleh agar putu masak dengan baik.
4. Manakala proses mengesek, kita perlu menggunakan penapis yang lebih besar. Samada dibuat sendiri atau pengunakan penapis besi siap dibeli seperti di dalam video.
5. Boleh juga guna panapis besi yang mudah dibeli.
6. Untuk kukus kali pertama kena lama sikit dalam 45 minit.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2h. Peralatan Putu Bambu & Putu Piring
Cara beli alat kukus dan buluh di: www.rahsiaputu.com/alat/

Peniaga biasa guna buluh galah dan buluh telur. Saiz diameter lubang antara 3cm – 3.5cm dan panjang antara 5cm – 6cm.
LANGKAH 1: Semasa anda menebang buluh galah, pastikan saiz diameter lubungnya antara 3cm – 3.5cm. Kemudian dengan menggunakan gergaji, potong buluh tersebut dengan saiz panjangnya antara 5cm-6cm seperti di gambar di atas.

Langkah 2: Selepas buluh dipotong ia perlu, gosok permukaan atas dan dalam sehingga menjadi licin. Boleh gunakan alat seperti di atas atau boleh gunakan kertas pasir untuk melicinkan bahagian atas dan bahagian dalam buluh. Elok buang kulit spt di: www.rahsiaputu.com/alat/buluh/

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2h. Peralatan Putu Bambu & Putu Piring

Langkah 3: Seterusnya rebus acuan buluh dgn api yg sederhana. Rebus dalam 1 jam untuk mengeluarkan getah di dalam buluh. Selepas direbus, biarkan dalam baldi tanpa air. Sebelum digunakan, rendam 1-2 jam di dalam air terlebih dahulu. Dan selepas siap digunakan, basuh dengan air dan letakkan dalam baldi tanpa air. Hanya bila nak digunakan baru rendam semula lebih kurang 1-2 jam dan baru digunakan semula

Anda boleh minta kedai aluminium di tempat anda untuk membuatkannya mengikut size ini. Elok guna stainless steel.. Saiz diameter lubang ialah 2cm . Manakala jarak antara lubang ialah 4cm. Dan tinggi alat pengukus ialah 20cm. Jika kedai aluminium tersebut tidak mahu buat, tanya mereka tempat lain yang boleh membuatnya. Atau lawati www.rahsiaputu.com/alat/. Anda boleh guna kayu dari pam sinki sbg kayu penolak putu bambu..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2h. Peralatan Putu Bambu & Putu Piring

Anda boleh minta kedai aluminium di tempat anda membuatnya. Jika mereka tidak mahu, tanya mereka kedai lain yang boleh membuatnya. Untuk gambar disebelah kiri saiz lubang atas ialah 10cm, lubang dibahagian tengah ialah 3.5cm dan lubang di bawah sekali (tempat keluar wap) ialah 2cm. Manakala ketinggian corong dan pemegangnya ialah 3cm.

Ada peniaga, jual putu piring dgn saiz 8cm & ada saiz 7cm. Elok anda ukur dulu putu piring yang dijual di tempat anda. Untuk gambar di tengah, tinggi bahagian bawahnya ialah 4cm dan bahagian atas melengkung sikit dengan tinggi 1cm. Manakala untuk kain pula, panjang dan lebarnya ialah 24cm. Anda boleh beli kain ini di kedai kain. Minta mereka kain untuk buat kuih. Dan selepas gunting mengikut ukuran di atas, elok buat jahit tepi.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: MEMBUAT ANEKA INTI PUTU
3a. Video Resepi & Buat Putu Inti Kaya
Video 3a: Cara Buat Putu Inti Kaya
Resepi Inti Kaya
Bahan A
100gm Gula Pasir Utk Gula Hangus
Bahan B
250gm Gula Pasir
4 biji Telur
1 kota Santan (200ml)
1 helai Daun Pandan (optional)
Ringkasan Video Di Atas.
1. Pukul bahan b dengan mixer hingga bercampur. Boleh juga guna blender.
2. Di periuk yang lain, masak bahan a iaitu gula pasir tanpa air hingga warna keperangan.
2. Setelah gula keperangan, masukkan campuran bahan b yang telah siap dipukul atau diblend. Seterusnya masukkan daun pandan ke dalam kuali.
3. Kecilkan api dan kacau adunan hingga menjadi pekat. Kena guna kuali tebal untuk masak inti kaya. Jika tidak ia akan berketul-ketul.
Nota: Kalau malas buat inti kaya, boleh beli siap di kedai bahan bakari.
4. Inti kaya di masukkan ke dalam piping bag dan di piping ke dalam putu bambu atau putu piring.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Video Resepi & Buat Putu Inti Coklat
Video 3b: Cara Buat Putu Inti Coklat
Resepi Inti Coklat
200gm Air Paip
200gm Gula Pasir
100gm Coklat Masakan
50gm Susu Cair
50gm Tepung Jagung
10gm Serbuk Koko
1biji Telur
Ringkasan Video Di Atas.
1. Semua bahan resepi inti coklat perlu dikisar dengan halus menggunakan blender. Coklat masakan perlu di potong kecil terlebih dahulu..
2. Selepas siap di blend, ia perlu dimasak dengan api yang sederhana sehingga coklat pekat.
Nota: Elok jangan masak terlalu pekat kerana ia akan pekat lagi semasa sejuk.
3. Selepas masak, sejukkan ia di atas meja terlebih dahulu sebelum digunakan.
Nota: Kalau nak mudah, boleh beli siap inti coklat di kedai bahan bakeri.
4. Inti coklat di masukkan ke dalam piping bag dan di piping ke dalam putu bambu atau putu piring.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Video Resepi & Buat Putu Inti Kelapa
Video 3c: Cara Buat Putu Inti Kelapa
Resepi Inti Kelapa
100gm Gula Merah
100gm Gula Melaka
100gm Gula Pasir
100gm Air Paip
1biji Kelapa Perut
1 Sudu Besar Tepung Jagung
1 helai Daun Pandan
Ringkasan Video Di Atas.
1. Masak gula melaka, gula merah, gula pasir dan air. Masak sehingga ia cair dan mendidih. Setelah siap dimasak, tapis dan ambil airnya. Sebab biasanya gula merah mengandungi pasir di dalamnya.
2. Seterusnya masuk kelapa parut, gaul dan masak hingga pekat.
3. Untuk cepat pekat, masukan satu sudu besar tepung jagung yang dicampur dengan air.
Nota: Boleh tambah 50gm susu cair untuk ia sedap dan tahan lebih lama. Boleh tambahkan satu sudu kecil garama untuk menaikkan rasa lemak.
4. Matikan api dan biarkan ia sejuk.
5. Inti kelapa dimasukkan ke dalam putu dengan sudu. Ia tetap sedap di makan dengan kelapa parut.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Video Resepi & Buat Putu Inti Kacang Tanah
Video 3d: Cara Buat Putu Inti Kacang Tanah
Resepi Inti Kacang Tanah
Kacang TAnah
Gula Pasir
Ringkasan Video Di Atas.
1. Goreng kacang tanah sehingga ia sedikit brown dan rangup. Jika tak mahu goreng, boleh guna oven dan bakar sehingga sedikit brown. Bila masak, baunya akan lebih sedap.
2. Seterusnya blend kacang tanah bersama 3 sudu besar gula pasir. Kisar jangan terlalu hancur.
Nota: Boleh juga guna lesung dengan menumbuknya sehingga ia sedikit hancur.
3. Inti serbuk kacang tanah ditaburkan ke dalam putu. Ia tetap sedap di makan dengan kelapa parut.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Video Resepi & Buat Putu Inti Kacang Merah
Video 3e: Cara Buat Putu Inti Kacang Merah
Inti Kacang Merah
250gm Kacang Merah
180gm Minyak Masak
300gm Gula Pasir
2 Sudu Besar Marjerin
Ringkasan Video Di Atas.
1. Rendam kacang merah semalaman sehingga ia lembut terlebih dahulu.
2. Kemudian rebus sehingga kacang merah benar-benar empuk dan lembut.
3. Seterusnya kacang merah perlu dikisar dengan gula pasir, minyak dan 2 sudu besar marjerin.
Nota: Boleh terus guna blender tanpa guna mixer heavy duty seperti di dalam video.
4. Seterusnya kita masak sehingga ia benar-benar pekat menjadi inti kacang merah.
5. Inti kacang merah perlu disejukkan di atas meja sebelum digunakan.
Nota: Nak lebih mudah, boleh beli inti kacang merah siap di kedai bahan bakari.
6. Inti kacang merah di masukkan ke dalam piping bag dan di piping ke dalam putu bambu atau putu piring.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: MEMBUAT PUTU NEW EDITION
4a. Video Membuat Putu Kukus Daun Pisang
Video 4a: Cara Membuat Putu Kukus Daun Pisang
Ringkasan Video Di Atas.
1. Kita hanya kukus serbuk putu di dalam acuan daun pisang.
2. Cara membuat acuan daun pisang ada di ajar di dalam video.
3. Anda hanya perlu daun pisang, stapler dan gunting. Untuk panjang daun pisang, kita guna 6cm-7cm. Manakala diameternya, kita guna 3cm.
4. Setelah siap acuan daun pisang, masukkan serbuk putu ke dalamnya dan kukus seperti putu homemade.
5. Untuk video ini saya kukus menggunakan pengukus kayu. Anda boleh juga gunakan kukus biasa.
Nota: ini cara yang jimat buat bisnes putu tanpa alat pengukus khas putu bambu.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b. Video Membuat Putu Kukus Daun Pandan
Video 4b: Cara Membuat Putu Kukus Daun Pandan
Ringkasan Video Di Atas.
1. Kita hanya kukus serbuk putu di dalam acuan daun pandan.
2. Cara membuat acuan daun pandan ada di ajar di dalam video.
3. Anda hanya perlu daun pandan, stapler dan gunting. Untuk panjang daun pandan, kita guna 5cm-6cm. Manakala lebarnya 2.5-3.5cm bergantung pada saiz daun pandan.
4. Setelah siap acuan daun pandan, masukkan serbuk putu ke dalamnya dan kukus seperti putu homemade.
5. Untuk video ini saya kukus menggunakan pengukus kayu. Anda boleh juga gunakan kukus biasa.
Nota: ini cara yang jimat buat bisnes putu tanpa alat pengukus khas putu bambu.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c. Video Membuat Putu Cicah Kuah Kaya
Video 4c: Cara Buat Putu Cicah Kaya
Resepi Inti Kaya
Bahan A
100gm Gula Pasir Utk Gula Hangus
Bahan B
400gm Gula Pasir
4 biji Telur
1 kota Santan (200ml)
1 cawan Air
1 helai Daun Pandan (optional)
Ringkasan Video Di Atas.
1. Pukul bahan B dengan mixer hingga bercampur. Boleh juga guna blender.
2. Di periuk yang lain, masak bahan A iaitu gula pasir tanpa air hingga warna keperangan.
2. Setelah gula keperangan, masukkan campuran bahan B yang telah siap dipukul atau diblend. Seterusnya masukkan daun pandan ke dalam kuali.
3. Kecilkan api dan kacau adunan hingga sedikit pekat. Oleh kerana kita buah kuah, so ia perlu cair.
4. Kita ciciah putu bambu dengan kuah kaya.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d. Video Cara Membuat Putu Coklat
Video 4d: Cara Membuat Putu Coklat
Ringkasan Video Di Atas.
1. Kita hanya perlu tambahkan 25gm serbuk koko ke dalam resepi putu bahan A di modul 2a dan 2c.
Nota: Dalam video ini saya tunjukkan secara cepat kerana telah diajar dengan terperinci di dalam video putu piring dan putu bambu di modul 2b, 2d dan 1d.
2.Untuk inti putu coklat, elok gunakan inti coklat yang diajar di dalam video modul 3b.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Video Membuat Putu Cup Ala Cup Cake
Video 4e: Cara Membuat Putu Cup Ala Cup Cake
Ringkasan Video Di Atas.
1. Kita gunakan acuan kertas cup cakes yang boleh di beli di kedai bakeri.
2. Untuk putu cup original, kita hanya perlu masukkan serbuk putu dan gula melaka parut ke dalamnya. Selepas ia dikukus, ia akan mendap sedikit dan kita letakkan kelapa parut di atasnya.
3. Manakala putu cup yang kedua menggunakan sticker gula bercorak. Kita letak sikit inti kaya ke atas putu cup dan kemudian kita tampal sticker gula ke atasnya.
Nota: Sticker bulat boleh di beli di kedai bahan bakeri.
4. Manakala putu cup yang ketiga menggunakan serbuk putu coklat seperti diajar di modul 4d. Lepas siap kukus, pipingkan inti coklat ke atasnya . Ini coklat ada di ajar di modul 3b.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: PENGIRAAN KOS & TIPS BISNES PUTU
5a. Video Pengiraan Kos & Keuntungan
Video 5a: Cara Pengiraan Kos & Keuntungan
Ringkasan Video Di Atas.
1. Kita akan menggunakan perisian Microsoft Excell. Perisian ini sangat memudahkan kerja mengira kerana dilakukan secara automatik. Biasanya setiap komputer pasti ada perisian Microsoft Excell.
2. Terlebih dahulu, anda perlu buka file excell “Pengiraan Kos Putu” yang disediakan di dalam dvd yang dibekalkan kepada anda.
3. Kita akan menggunakan excell file tersebut dalam pengiraan kos putu dan cara mengandakan resepi. Untuk lebih jelas, jom tonton videonya:
Penting: Jika anda tiada excel, boleh guna kertas dengan buat pengiraan manual seperti di dajar di modul 5b
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5b. Panduan Pengiraan Kos Secara Manual
Langkah pertama ialah mengumpulkan maklumat bahan2 yang digunakan, kuantiti, harganya. dan kos bahan yang digunakan:

Jika anda mempunyai asas matematik yang baik, tentu tiada masalah dalam pengiraan kos di atas. Untuk lebih jelas, kita ambil satu contoh mengira kos Gula Pasir. Gula Pasir yang beratnya 1000gm berharga RM2.50. Oleh itu, harga 1 gm gula halus= RM2.50/1000gm = RM0.0025 . Jadi untuk pengiraan kos 25gm gula pasir yang digunakan, kosnya ialah RM0.0025 X 25gm = RM0.06 . Manakala untuk bahan-bahan lain, anda boleh kira sendiri dengan cara yang sama.
Langkah Kedua ialah mengira berapa biji putu piring yang dapat dihasilkan dari resepi di atas. Cara terbaik ialah menggunakan berat. Setelah saya timbang, resepi diatas menghasilkan jumlah berat bersih serbuk putu sebanyak 1300gm. Manakala satu biji putu piring ialah 25gm. Maka jumlah biji putu yang dapat dihasilkan dari resepi di atas ialah 1300gm/25gm = 52 biji putu.
Dan langkah seterusnya ialah mengira berapa kos sebiji putu piring. Seperti yang kita kira sebelum ini, resepi di atas boleh menghasilkan 52 biji putu. Manakala jumlah kos seperti di dalam table sebelum ini ialah RM3.26. Jadi pengiraan kos untuk sebiji putu ialah RM 3.26 / 52 biji = RM0.06

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5b. Panduan Pengiraan Kos Secara Manual
Seterusnya kita buat pengiraan kos gula melaka, kelapa parut dan bekas. Caranya sama sahaja seperti pengiraan kos seunit putu piringsebelum ini. Dibawah ini pengiraan kos bahannya.
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)
Cara pengiraannya sama sahaja seperti resepi putu piring. Cuma 1pcs bekas polisterena digunakan untuk 6 biji putu. Jadi satu biji putu menggunakan 1/6=0.16 bahagian bekas polisterena. Jadi jumlah kos ketiga-tiga bahan diatas ialah RM0.039 atau RM0.04
MARGIN KEUNTUNGAN UNTUK SEBIJI PUTU PIRING
Jadi Jumlah kos putu ialah = RM0.06 + RM0.04 = RM0.10 Seterusnya katakan, jualan putu piring anda ialah RM2.00 untuk 6 biji. Jadi pengiran harga sebiji putu piring ialah = RM2.00 / 6 biji = RM0.33. Jadi keuntungan atau margin keuntunganya ialah = RM0.33 – RM 0.10 = RM0.23 Maka keuntungan jualan sebiji putu ialah RM0.23

Seterusnya, kita kira keuntungan dari jualan 5 kilo tepung beras. Setengah kilo tepung beras menghasilkan 52 biji putu spt yg dikira sebelum ini.
Jadi 1 kilo tepung beras menghasilkan = 52 biji X 2 = 104 biji Dan 5 kilo tepung beras menghasilkan = 104 biji X 5 = 520 biji
Maka keuntungan 5 kilo tepung beras ialah 520 biji X RM0.23 = RM119.60 Itu keuntungan sehari. Jika anda berniaga 26 hari sebulan. Maka Keuntungannya ialah RM119.60 X 26 hari =3109.60

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5c. Panduan Ganda Resepi Secara Manual
Cara gandakan resepi hanya perlu mendarabkan semua sukatan resepi kepada gandaan yang sama seperti contoh dibawah.
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5d. Video 3 Cara Pembungkusan Putu
Video 4d: Cara Pembungkusan Putu
Ringkasan Video Di Atas.
1. Cara bungkus pertama kita menggunakan polistrena. Untuk putu bambu, boleh gunakan polistrena yg kecil seperti yang digunakan oleh peniaga burger. Manakala putu piring menggunakan polistrena yang besar sedikit seperti yang digunakan oleh peniaga nasi berlauk.
2. Cara kedua ialah menggunakan kertas minyak. Dimana kita perlu membungkus mengunakan kertas minyak dan mengikat dengan getah.
3. Cara ketiga menggunakan plastik khas yang lebih mahal harganya.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5e. Tips Jalankan Bisnes Putu Sambil Bekerja
Bisnes putu memang boleh dijalankan secara sampingan sambil bekerja. Ini kerana serbuk putu boleh disediakan sehari lebih awal dan dijual keesokkan harinya. Katakan anda balik kerja dalam pukul 5. Maka pukul 6 petang anda boleh mula menjual putu anda. Manakala serbuk putu disiapkan malam sebelumnya.
Di dalam bab ini saya akan terangkan proses membuat putu untuk mereka yang bekerja. Anda boleh mula membuat serbuk putu pada waktu malam pada pukul 8 malam. Timbang dan campurkan bahan A dan bahan B. Kemudian mengesek dan mengukusnya. Seterusnya setelah siap dikukus, ia dimasukkan ke dalam bekas dan digesekkan seperti yang diajar di dalam video sebelum ini.
Selepas serbuk putu dikukus, jangan sentuh dengan tangan untuk menjadikan ia tahan lebih lama. Kalau nak sentuh, guna sarung tangan. Kemudian anda biarkan serbuk putu sejuk atas meja dalam 3 jam dan masukkan ke dalam chiller sampai keesokkan hari. (Jangan ditutup bekasnya) Siapkan juga peralatan niaga seperti meja lipat, payung dan tungku pada malamnya.
Esoknya selepas anda balik kerja pukul 5.20pm, keluarkan serbuk putu dari chiller (peti sejuk bhgn sayur) dan terus campurdengan bahan C iaitu air. Anda perlu gaul dan mengeseknya. Pada masa ini baru boleh sentuh dengan tangan. Selepas gesek serbuk putu, terus bawaa ke tempat berniaga dan menjual putu.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5e. Tips Jalankan Bisnes Putu Sambil Bekerja
Semasa anda balik kerja, jangan lupa beli kelapa parut. Sampai rumah, terus gaul dengan garam dan kukus dalam 5 minit. Manakala gula melaka elok buat seminggu sekali. Elok buat sekali banyak dan disimpan di dalam bekas atau balang.
Oleh kerana serbuk putu ditinggalkan agak lama, ia mungkin lebih kering. Oleh itu anda perlu tambah sedikit sukatan air bahan C dari resepi asal. Atau jika serbuk putu masih lembab, anda kena kurangkan sukatan airnya. Biasanya peniaga putu masukkan sedikit demi sedikit air sehingga serbuk putunya sedikit basah dan sedikit kering. Biasanya peniaga putu tidak menyukat air untuk bahan c.
Di dalam video saya biarkan serbuk putu yang dikukus kali pertama selama 5 jam untuk sejuk. Anda boleh kurangkan kepada 3 jam. Dan jika nak kurangkan lagi kepada 1jam setengah, letakkan serbuk putu di bawah kipas. Tapik kurangkan sukatan air bahan c dari 375gm kepada 350gm. Namun sebenarnya jika biarkan 5 jam sejuk, hasil akan lebih baik.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5f. Strategi Menjalankan Perniagaan Putu
1. Pilih tempat berniaga yang ramai orang yang mampu beli.
Pemilihan tempat niaga amat penting utk kejayaan perniagaan anda. Elok survey terlebih dahulu tempatnya. Yang pertama, pastikan tempat tersebut menjadi kawasan laluan orang ramai dan tempat berniaga anda mudah dilihat oleh pembeli. Pastikan juga ada kawasan untuk pembeli berhenti membeli putu anda
Elok juga jual di tempat yang telah ada penjaja tepi jalan. Kalau mereka telah lama menjual di sana, ia menunjukkan tempat tersebut mempunyai ramai pembeli. Anda juga dapat menarik pembeli mereka mencuba putu anda. Tapi pastikan perniagaan makanan mereka berbeza dengan anda. Kalau ada yang menjual putu di sana, elok cari tempat lain yang jauh dengan mereka.
Pada saya, kebanyakkan peminat putu dikalangan orang yang telah berumur. Tetapi sekiranya anda pelbagaikan putu anda seperti dalam video ini. InsyaAllah, orang muda pun sukakannya.
2. Pilih Masa yang betul memulakan bisnes putu anda.
Masa yang paling sesuai tentulah pada masa orang lapar dan akan mencari makanan. Pada saya putu amat sesuai dijual pada waktu tengahari dan petang. Biasanya pada waktu petang, orang ramai suka makan makanan yang ringan untuk mengalas perut. Jika anda menjualnya pada waktu petang, elok jual pada masa orang ramai pulang dari tempat kerja.
Jika anda ingin memulakan perniagaan pasar malam, JANGAN memulakan selepas hari raya. Kerana pada ketika ini jualan mana-mana perniagaan akan merosot. Ini adalah dari pengalaman peniaga-peniaga pasar malam yang telah berniaga lebih 5 tahun. Setiap tahun sama sahaja katanya. Selepas hari raya jualan mereka akan merosot dengan agak ketara. Dan jualan akan kembali pulih selepas Raya Cina. Ini bukan kata saya tetapi kata mereka yang telah berniaga di pasar malam lebih 5 tahun.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Strategi Menjalankan Perniagaan Putu
3. Pastikan masakan anda sedap dan terbaik sebelum dijual
Kebanyakkan pembeli di pasar malam dari penduduk di taman berdekatan. Kesilapan masakan anda akan menjadi perbualan orang di sana dan akan merosakkan perniagaan pasar malam anda. Tambahan lagi orang kita memang suka mengumpat atau bercerita kekurangan orang lain terutama apa yang dibelinya.
Jadi sebelum anda menjual makanan anda, pastikan kualiti dan rasanya adalah yang terbaik. Bagi yang baru mula hendak berniaga, dapatkan komen-komen ikhlas dari kawan, keluarga dan jiran terlebih dahulu dan terus memperbaiki masakan anda.
Jangan sesekali menjual masakan yang rosak. Contohnya, kuah mee kari yang dimasak hangit. Lebih baik tidak berniaga pada hari itu. Jika anda jual juga, anda akan memberi kesan buruk pada bisnes di masa depan. Pembeli pasti tidak akan beli lagi seumur hidup mereka. Malah memburukkan bisnes anda pada org ramai.
4. Signboard perniagaan yang menarik
Signboard dengan nama perniagaan amat penting dalam apa jua perniagaan. Inilah yang membolehkan orang ramai mengenali dan mengingati dan sebarkan bisnes anda. Seterusnya memudahkan pembeli untuk kembali membeli dan menyebarkan atau memberitahu kepada sahabat-sahabatnya. Kuasa viral (sebaran) amat membantu dalam apa jua jenis perniagaan. Sudah pasti mereka perlu mengetahui nama bisnes anda untuk disebarkan.
Apa yang penting pada signboard ialah nama yang senang diingat dan menarik perhatian pembeli dan saiznya boleh dilihat dari jauh. Sebagai contoh “Putu Asli Muar”. Orang memang suka mencari putu yang asli. Ia menjadi daya penarik kepada bisnes putu anda. Dan apabila membaca perkataan Muar, orang akan terfikir masakan kampung yang lazat. Ini membuatkan orang ingin merasa putu anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Strategi Menjalankan Perniagaan Putu
Atau gunakan nama yang baru untuk menimbulkan rasa ingin tahu dikalangan pembeli. contohnya “Putu Bambu Kukus Kayu Original Mak Timah”. Orang jarang mendengar peniaga putu guna kukus kayu. Ini menimbulkan rasa ingin tahu orang ramai tentang rasa putu menggunakan kukus kayu. Memang boleh mengukus putu di dalam buluh menggunakan kukus kayu.
Elok juga senaraikan jenis putu yang dijual dengan harganya. Nama-nama yang pelik-pelik juga akan menimbulkan keinginan pembeli untuk mencuba dan seterusnya menjadi pelangan anda. Contohnya Putu Coklat Moist– RM2.50 dan sebagainya.
5. Mencipta kelainan pada masakan anda
Mungkin ada orang akan kata. Jual yang biasa-biasa je macam orang lain jual. Orang lain jual biasa-biasa boleh berjaya. Memanglah sebab mereka sudah lama dan bertahun-tahun berniaga dan mempunyai pelangan tetap. Secara logiknya, adakah orang yang telah bertahun-tahun membeli dari tempat biasanya akan bertukar kepada anda. Mustahil kecuali anda mencipta sebab untuk mereka mencuba di tempat anda. Salah satu sebabnya ialah kelainan pada hidangan anda.
.Ya pelbagaikan hidangan anda. Tentunya orang lebih berminat untuk menikmati putu cicah kuah kaya dari putu biasa bukan. Kelainan ini sebenarnya bukan sahaja menarik perhatian pembeli untuk mencuba. Malah menjadi buah cerita mereka diserata tempat kelak. Ini merupakan kuasa viral atau sebaran secara tidak langsung yang hebat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Strategi Menjalankan Perniagaan Putu
Di pejabat, saya pernah mendengar kawan saya menceritakan nasi lemak di tempatnya memberi percuma satu jika membeli 10 bungkus. Begitu seronok dia menceritakan sesuatu yang pelik. Walaupun tidak ramai yang akan membeli 10 dapat 1 nasi lemaknya tetapi peniaga ini telah menyebabkan tersebarnya bisnesnya dengan lebih cepat. Orang ramai mula bercerita dan mempromosikan bisnesnya tanpa mereka sedari.
Inilah kuasa viral yang hebat dari sesuatu yang pelik. Jadi jangan takut untuk membuat sesuatu yang pelik. Jangan pedulikan apa yang akan dikatakan oleh orang lain atau jiran-jiran niaga anda. Kerana sebenarnya mereka turut membantu menyebarkan perniagaan anda. Yang penting pastikan ia sedap dan berkualiti. Kelainan tidak semestinya pada masakan, malah pada bentuk masakan, warna, presentation dan bermacam lagi
6. Presentation hidangan di atas meja
Biasanya kita akan letakkan cantik-cantik hidangan di atas meja. Pastikan anda memilih warna alas meja yang cerah dan menarik perhatian pembeli. Susunan hidangan yang tinggi dan rendah juga menambah daya tarikan . Yang penting sekali ialah kebersihan tempat niaga. Boleh juga beri sample pada pembeli.
Ada contoh dua peniaga jagung rebus yang berniaga berdekatan. Seorang peniaga mendapat pembeli yang ramai dari peniaga disebelahnya. Bila diperhatikan peniaga ini sentiasa memastikan jagung rebusannya berasap wap. Apabila jagung rebusan mula sejuk, ia memasukkan semula ke dalam tong air rebusan dan keluarkan dengan segera supaya jagungnya kelihatan berwap dan panas. Inilah menarik perhatian pembeli yang merasakan jagungnya baru masak dan masih panas. Pembeli memang suka sesuatu yang panas dan baru dimasak atau berwap.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Strategi Menjalankan Perniagaan Putu
7. Sentiasa tersenyum dan mesra dengan pelangan
Wajah yang senyum dan ceria membuatkan pelangan senang dan terus membeli dengan anda. Jadi sentiasalah tersenyum melayan kerenah pelangan. Hormati kerenahnya dan sentiasa tersenyum. Anda perlu menghargai mereka, kerana merekalah yang memberi gaji atau keuntungan anda. Sama juga dengan anda, sudah pasti anda lebih suka membeli dari mereka yang tersenyum dan menghargai anda.
Wujudkan perasaan ingin tahu untuk mengenali diri pembeli. Teknik ini berkesan kepada pakcik makcik yang telah berumah tangga. Tanyalah mereka tinggal dimana, berapa anak dan sebagai. Soalan-soalan yang simple ini akan mengeratkan hubungan anda dengan pembeli.Tapi jangan tanya lebih-lebih, nanti lain pula difikirnya. Yang penting jangan menyentuh isu sensitif mereka. InsyaAllah ia akan menambahkan pembeli anda.
8. Biar orang berkerumun di depan gerai anda
Apa yang saya perhatikan orang ramai lebih suka membeli di tempat yang ramai orang berkerumun. Bila lihat tempat yang dikerumuni ramai pembeli, mereka mula tertanya-tanya. Apa yang dijual? Dan mereka menyangkakan masakan ditempat tersebut mesti sedap. Ini akan menambah lagi ramai pembeli.
Jadi sebagai penjual, anda jangan tergesa-gesa menyiap order pelangan. Perlahan-lahan membungkus dan biarkan mereka menunggu. Nanti lebih ramai yang akan datang menjenguk. Biasanya orang memang suka ke tempat yang ramai pembeli. Ini juga merupakan satu strategi membantu perniagaan anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Strategi Menjalankan Perniagaan Putu
Selalu menceritakan kelebihan makanan anda juga cara membina kesetiaan pelangan. Ia sama teknik dalam iklan TV yang menyumbatkan pemikiran positif ke dalam minda pembeli .
Semasa pelangan membuat pilihan, jangan diganggu. Pembeli tidak suka diganggu semasa membuat pilihan. JIka tidak mereka akan serik membeli di tempat anda. Dan selepas siap mereka membuat pilihan barulah anda boleh offer mereka sesuatu yang lain. Contohnya mereka telah memilih putu. Anda boleh offer mereka air kelapa seperti ini “Kak, kalo makan putu, elok minum air kelapa tentu lebih sedap”. Nanti akak tu akan kata ”Betul jugak, bagi akak satu lah air tahu tu”
Elok juga sambil jual putu, sambil jual air. Kerana bisnes air sangat untung. Boleh belajar membuat air soya, taufufah, cendol dan desert hotel di www.rahsiataufufah.com dan aneka bisnes air, dadih dan mousse di www.bisnesair.com. Tambahan lagi keuntungan bisnes air amat tinggi. Rugi tak jual sekali.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5g. Tips Memohon Penjaja Tepi Jalan
Cara memohon penjaja ditepi jalan ini hasil dari temubual saya dengan penjaja di tepi jalan di tempat saya. Caranya tidaklah susah bergantung juga pada Majlis Perbandaran di tempat anda. Kerana biasanya setiap tempat atau majlis perbandaran, prosedur dan harganya sedikit berbeza.
Langkah pertama ialah menelefon majlis perbandaran di tempat anda. Dapatkan nombor telefon majlis perbandaran dari operator telekom. Call ‘103’. Boleh call guna handphone. Tanya pada operator telekom nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda. Seterusnya telefon majlis perbandaran tersebut.
Bila pegawai majlis mengangkat telefon, minta mereka sambungkan pada bahagian yang menguruskan lesen penjaja di tepi jalan. Tanya mereka bagaimana cara memohon lesen penjaj ditepi jalan. Menurut perniaga tepi jalan, anda perlu mendapatkan borang permohonan penjaja tepi jalan terlebih dahulu.
Langkah pertama dapatkan borang permohonan penjaja tepi jalan di majlis perbandaran. Di dalam borang tersebut anda perlu pilih tiga tempat berniaga dengan menulis nama jalan tempat berkenaan. Pihak majlis akan memilih salah satu tempat berniaga di jalan yang sesuai. Untuk jenis perniagaan, tulis sahaja ‘Menjual makanan dan minuman’.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5g. Tips Memohon Penjaja Tepi Jalan
Langkah kedua, anda perlu ke klinik untuk dapatkan suntikan folio. Suntikan tersebut untuk tempoh 3 tahun. Bayarannya dalam RM20. Pastikan anda dapatkan surat doktor yang mengesahkan anda telah mengambil suntikan tersebut. Salinan surat tersebut perlu disertakan sekali dalam borang permohonan penjaja tepi jalan.
Biasanya pihak majlis akan meminta anda mengikuti kelas penyediaan makanan yang dikendalikan oleh majlis perbandaran dengan bayaran RM80. So langkah ketiga, dapatkan masa kelas penyediaan makanan tersebut dan anda perlu pergi ke kelas penyediaan makanan tersebut. Sijil penyertaaan tersebut untuk tiga tahun. Salinan sijil penyertaan perlu disertakan sekali dalam borang permohonan penjaja tepi jalan.
Langkah keempat ialah menunggu jawapan dari pihak majlis. Elok tanya berapa lama proses menunggu untuk anda follow up dengan pihak majlis. Selepas permohonan anda diterima, anda perlu buat bayaran tahunan pada pihak majlis. Anda boleh berniaga pada bila-bila masa di tempat berkenaan. Dan boleh berniaga dimana-mana sepanjang jalan yang diterima oleh pihak majlis. Bayaran lesennya dalam RM300 setahun.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5h. Tips Membuat Makanan Frozen
Cara membuat frozen sama sahaja untuk semua makanan. Punca utama makanan cepat rosak ialah kulat dan telur kulat pada bahan makanan seperti tepung, kacang dan sebagainya.
Langkah pertama dalam membuat makanan frozen ialah memanaskan makanan pada suhu lebih 200 darjah celcius untuk membunuh kulat dan telur kulat di dalam makanan. Kerana kulat dan telur kulat inilah yang menyebabkan makanan cepat rosak. Telur kulat biasanya menetas dan membiak pada suhu bilik.
Biasanya kita guna oven bakar yang di setkan suhunya lebih 200 darjah celcius. Tapi oven tidak sesuai untuk makanan seperti putu. Jadi untuk putu anda perlu dapatkan alat kukus yang boleh disetkan suhunya lebih 200 darjah celcius. Baru dapat membunuh kulat dan telur kulat didalam putu. Masak dalam 5-7 minit sahaja. Tapi pastikan suhu dalam oven atau pengukus telah mencapai 200 darjah celcius, baru dimasukkan.
Selepas dipanaskan pada suhu lebih 200 darjah celcius ia perlu dibiarkan sejuk sebentar di atas meja. Kalau di kilang, ia disejukkan ditempat khas yang tiada bakteria atau kulat di dalamnya. Selepas itu, dimasukkan ke dalam peti sejuk di bawah suku -20 darjah celcius. Peti sejuk biasa tidak sampai -20 darjah celcius. Anda perlukan peti beku khas dibawah -20 darjah celcius untuk ia beku dan tahan lebih lama.
Jika anda ingin memasaknya semula selepas di frozen. Caranya sama sahaja seperti masakan makanan frozen yang lain. Ia perlu dinyah frozen sebelum dimasak semula. Maksud nyah frozen ini ialah dibiarkan di atas meja sebentar. Kalau sejuk-sejuk anda terus masak atau kukus, nanti bahagian dalamnya masih sejuk atau beku walaupun telah dimasak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5i. 6Apa Yang Boleh Dijual Bersama Putu
Sangat rugi jika anda menjual putu tanpa menjual air. Ini kerana keuntungan dari menjual air tersangat tinggi. Anda boleh belajar membuat pelbagai jenis air di www.bisnesair.com dan www.rahsiataufufah.com. Air seperti kelapa, taufufah dan tebu sangat disukai ramai dan akan menarik lebih ramai lagi pembeli putu anda. Yelah, lepas makan mestilah nak minum air kan. Di dalam pakej www.bisnesair.com dan www.rahsiataufufah.com turut diajar cara membuat desert seperti dadih, mousse krim karamel yang boleh dijual dengan keuntungan yang tinggi
Jika anda ingin tambah produk jualan anda, anda boleh jual bun yang siap dipack. Anda boleh letak signboard, bun untuk sarapan esok pagi. Tentu ramai yang akan membelinya. Anda boleh belajar membuat bun di www.rahsiabun.com. Untuk lebih senarai produk lain dan yang terbaru, sila lawati: www.hairul.com/dvd.html


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
MODUL 6: BONUS PUTU MAYAN DAN LAIN-LAIN
6a. Video Membuat Putu Mayam
Video 4d: Cara Pembungkusan Putu
Resepi Putu Mayam
Bahan A
250gm Tepung Beras
80gm Air Paip
Bahan B
350gm Air Paip
3gm Garam
Nota: Pastikan anda gunakan tepung beras cap teratai. Kalau tak jumpa, beli di shopee.
Nota: Untuk gandakan resepi boleh tengok contoh dalam modul 5c
Ringkasan Video Di Atas.
1. Timbang bahan A dan ramas sehinga sehinga bahan A bercampur.
2. Gesek serbuk putu mayam dengan penapis plastik dan masukkan ke dalam bekas penapis besi
3. Buat lubang pada serbuk putu. Pastikan lubangnya sehingga bawah penapis besi.
4. Kukus serbuk putu dengan alat pengukus selama 20 minit.
Nota: Kalau buat 500gm tepung beras, kukus selama 30minit. Kalau buat tepung beras 1kg, kukus selama 45minit. Kalau kukus banyak tepung beras, kena buat cara putu piring.
5. Selepas siap kukus, letakkan ke dalam bekas plastik dan hancurkan dengan sudip besi. Biarkan selama 15 minit
6. Gesek dengan penapis plastik. Selepas gesek campurkan 350gm air dan 3gm garam bahan B
7. Pukul dengan mixer atau gaul dengan tangan pun boleh hingga jadi doh yang tidak melekat.
8. Masukkan doh putu mayam ke dalam plastik dan biarkan sekurangnya 30 minit.
9. Masuk doh putu mayam ke dalam acuan muruku. Dan piping atau buat putu mayam di dalam alat pengukus.
10. Kukus selama 15 minit. Siap masak, biarkan sejuk 5 minit dan pindahkan di atas pingan.
11. Putu mayam dimakan dengan kelapa parut dan gula merah timbang.
Nota: Untuk bisnes,kelapa parut perlu di kukus dulu selama 20 minit supaya tahan lama.
Nota: Biasa sebungkus putu mayam mengandungi 6 keping putu mayam, 3 sudu besar kelapa parut dan 3 sudu besar gula merah timbang. Dan dijual dengan harga rm3. Kelapa parut dan gula merah boleh terus dicampur di tepi putu mayam. Atau boleh juga masuk dalam pack kecil.
12. Untuk lebih jelas tonton video di atas dgn klik kotak video.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6b. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.rahsiaputu.com/daftarsah3
Web Log in: www.rahsiaputu.com/login
Soalan Lazim agen: www.hairul.com/blog/agen
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6c. Artikel Petua Kejayaan Yang Menarik
Saya ada tulis tiga artikel menarik yang akan membantu anda untuk hidup lebih bahagia dan murah rezeki. Memang menarik artikel ini. Klik link di bawah untuk baca artikelnya:
1. Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki <<< Kilik Sini
2. Bahaya Mulut Yang Memberi Kecelakaan Dalam Hidup <<< Klik Sini
3. Berhati-hati Memilih Kawan Agar Hidup Lebih Bahagia <<< Klik Sini
Saya ada menulis artikel yang menarik tentang cara memulakan bisnes bagi mereka yang baru dan lama. Jom baca
1. 7 Langkah Memulakan Bisnes Makanan Paling Berkesan <<< Kilik Sini
2. 5 Tips Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Pegalaman Pembeli<<< Klik Sini
3. Persediaan Sebelum Bersara Dari Kisah Arwah Ayah<<< Klik Sini
4. 5 Sebab Punca Kegagalan Bisnes Makan Yg wajib Anda Tahu<<< Klik Sini


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6d. Senarai Produk Menarik Yang Lain.
1. Belajar donut ala big apple, roti buku ala gardenia dan sarang lebah di: www.rahsialoaf.com
2. Belajar13 kek hari jadi di: www.deco.rahsiakek.com
3. Aneka bun pau & pizza di: www.rahsiabun.com
4. Kek butter, lapis dan swiss roll hotel di www.bisneskek.com
5. Aneka puff, croissant, danish & Cream Puff di: www.rahsiapuff.com
6. Aneka putu homemade, piring, bambu, mayam di: www.rahsiaputu.com
7.Bisnes air, dadih & mouse dessert hotel di: www.bisnesair.com
8. Air soya taufufah di: www.rahsiataufufah.com
9. Resepi roti canai, murtabak & thosai di: www.resepiroticanai.com


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6e. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6f. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.


